Status ; ♥ Taken by Akmal Syahmi bin Amirudin since 10.11.2012 ♥
Beautiful Flowers
241
Friday, 10 May 2013 | 23:51 | 0 Rain[s]
Assalamualaikum n hello my readers, korang apa khabar? Lama aku tak update blog kan? Hahaha. Ada yang rindu aku? Tak? Hm tak apa, aku sedar siapa aku. Haha gurau gurau. Hm sekarang aku busy dengan exam. Bila start? Hm 7 haribulan 5 but 14 haribulan dah habis. Doakan aku tau. Hihi sayang korang.

Aku nak cerita ni hm 9 haribulan 5 bersamaan hari khamis , aku pergi ke rumah kenangan cheng dan River cruise dengan budak-budak kelas 5C , budak-budak ERT, budak-budak kelas 4KP, cikgu Rosni, cikgu Normah dan lain-lain . Memang pada hari itu kitaorang exam but kitaorang pergi pukul 2.30 petang. Aku story dari awal sampai habis kay.

Dalam pukul 2 kitaorang habis exam, aku dengan Farhana, Nabilah, Sabrina, Rabiatul dan Aini duduk jap dalam kelas sebab kitaorang nak tukar tudung hitam. Kitaorang dah tukar apa semua, kitaorang turun bawah. Dak Hana siap dengan dak Aini pergi mana ntah. Aku, Nabilah, Sab dan Rabiatul pergi ambil nasi berlauk, roti dan air mineral. Cikgu suruh kitaorang pergi makan dulu. Okay kitaorang pun makan. Makan sambil berborak. Haha.

Lepas makan, kitaorang lepak kat tempat letak motor. Kitaorang bergambar bertiga. Hm tapi Rabiatul tak ada. Kesian dia haha. Okay pastu cikgu suruh beratur kat depan gate. Sambil tu bergambar lagi. Nabilah telefon dak Hana sebab nak bagitahu nak gerak dah. Okay diaorang pun datang.

Lepastu kat luar gate, ada dua bas. Sepatutnya tiga bas tapi satu lagi tu tersesat mana ntah. Kitaorang tunggu la kat luar tu sekejap. Yang lain semua dah naik bas masing-masing. Kitaorang bergambar ramai-ramai dengan cikgu Assyura. Memang sporting la. Hahaha. Aku skip story eh? Boleh? Haha.

Yeayh bas kitaorang pun datang. Kitaorang cepat-cepat naik. Aku duduk sebelah Nabilah, Aini duduk sebelah Rabiatul dan dak Hana duduk sebelah Sabrina. Dalam bas aku asyik tengok handphone je. Tengan sibuk-sibuk tu, Nabilah kata dah sampai ke rumah Kenangan Cheng. Dah sampai tu, kitaorang bawak la barang-barang yang nak dikasi kepada orang-orang tua.

Dah masuk dalam, kitaorang semua duduk dalam satu dewan sebab nak diberi ceramah oleh kakitangan rumah Kenangan Cheng. Yang aku ingat orang-orang melayu lagi ramai duduk situ berbanding dengan cina dan india. Nampaknya ramai tanggang moden. Hmm. Rasa nak mengalir air mata mendengarnya.

Pastu, kitaorang diberikan melawat asrama-asrama disitu. Ya Allah! Aku tak dapat lagi menahan air mata ni. Terus saja aku mengalir apabila menengok keadaan orang-orang tua disitu. Ada sorang orang tua ni, muka dia sebijik macam arwah abah. Al-Fatihah. Hm. Kitaorang duduk situ smpai pukul 5.45 petang.

Lepas tu kitaorang pergi ke River Cruise. Memang best. Haha. Sambil menunggu pekerja-pekerja tu meguruskan bot, kitaorang pun belilah aiskrim dan pergi solat tapi aku bendera merah hahaha. Aku sempat lagi main twitter kat situ haha. Pastu kitaorang pun naik la bot tu. Dalam bot tu ada budak form berapa ntah memekak je. Nak katakan JAKUN hm maybe haha. Dalam bot tu juga kitaorang tangkap gambar. Wuhuu kitaorang lambai-lambai pelancong-pelancong yang datang kat Melaka. Diaorang memang sporting. Haha.

Dah habis pusing satu tasik tu, kitaorang pun balikkkkkkkkkk. Hahaha. Dalam bas tu, driver bas tu bukak lagu. Aku dengan Nabilah menyanyi sambil menari. Haha. Memang malu siak. Tak boleh blah. Lol. Yelah dah lah waktu tu jalan jem. Lambat juga la kitaorang sampai sekolah. Nak tahu pukul berapa? 7.45 malam. Tak pernah aku pergi lawatan balik malam-malam. First time kay haha.

Tu je la story pasal tu. Walaupun penat tapi kitaorang enjoyyyyy. Hahaha. Gambar? Bila aku balik Kajang la aku letak gambar dalam blog. Sebab? Hm adalahhhhhhhhh. Hahaha.

Korangggggggggggg, aku happy sangat masa hari khamis tu. Thankyou cikgu sebab benarkan kami pergi. Sayangggggggg cikgu. Hahaha. Sab, Rabia, Hana dan Nabilah, bila aku balik Kajang aku upload eh gambar korang tu. Apapun aku sayang korang. Kbye.

Labels:




Assalammualaikum and Hello . Fatin Nur Syafiqah , 97's , Kajang. Welcome to My blog. I hope you +Follow me. Cick here to exit.
Old Post | New Post